Sunday 5 June 2011

Sahabat

sahabat
biar kepahitan itu pergi
agar kemanisan mengisi
biarkan kekecewaan berlalu
agar kegembiraan mewarnai
biarkan kegelisahan lenyap
jangan kita hilang semangat
biar penderitaan itu menyapa
agar kekuatan kita jana semula
biarkan diri ini deritaagar aku tahu kepahitan derita ini
agar aku sedar kesengsaraan ini
tidak sama bahkan hanya secebis
dari penderitaan Rasulullah s.a.w

Angin...
Jika kau berhembus lembut melintasi adik-adikku ini
Katakan padanya aku adik beradik mereka selamanya

Air...
Jika kau mengalir tenang di sisi mereka
Beritahulah kepada mereka
Aku memohon MAAF atas segalanya

Bunga
Jika kau tumbuh mekar di samping mereka
Kau kirimlah wangian tanda terima kasih atas kehadiran mereka

Burung..
Jika kau terbang melintasi mereka
Sampaikan kataku ini kepada mereka
Aku sangat mencintai mereka
Kerana Allah semata dan selama- lamanya

No comments:

Post a Comment